Si Ayam Teleng
Di dalam dunia perKerisan, terdapat banyak sibolisme yang
padat dengan maksud dan makna yang tersendiri. Kepada mereka yang memerhatikan
Keris dengan teliti, sebagai suatu simbol, ia cukup terperinci di dalam memberi
maksud dan melahirkan apa yang hendak disampaikan.
Simbolisme di dalam Keris Melayu masih segar bagi mereka
yang mengkaji Keris Melayu yang berada
di hadapan mata mereka, kerana simbolisme orang Melayu amat halus dan
berseni dan tidak terletak pada tugu-tugu yang besar.
Hamba ingin berkongsi simbolisme Hulu Keris yang dinamakan
Ayam Teleng. Teleng di sini menurut Kamus Dewan bermaksud; "1. miring ke sebelah letaknya
(kepala, topi, dll), tidak tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan
dipukul-pukul dgn tapak tangan kiri". Pada suatu hari, hamba duduk bersama Si Pengukir Kayu yang banyak belajar mengenai ukiran halus, Saudara Ahmad dari Pahang Darul Ma'mur. Saudara Ahmad ini amat berbakat. Yang hamba dapat perhatikan Si Pengukir muda ini ikhlas di dalam menghasilkan ukiran yang bermutu dan manis dipandang mata.
Menurut Saudara Ahmad, ukiran Ayam Teleng adalah ukiran Hulu
Keris Melayu yang menggambarkan seekor ayam yang menelengkan kepalanya ke angkasa raya. Hamba bertanya, kenapakah demikian? Saudara Ahmad berkata kepada
hamba, “Cuba abang bayangkan, seekor ayam yang menjaga anak-anaknya mendongak
ke angkasa memerhatikan sama ada ada ancaman dari udara dari burung pemangsa,
terutamanya helang….” Hamba membayangkan keadaan tersebut dan bagaimana orang
Melayu dahulu kala memerhatikan Si Ayam Teleng…
Si Ayam Teleng Bersiap Siaga Sentiasa |
Hulu Keris Ayam Teleng, Sesuai untuk Penjawat Jawatan yang mempunyai pengikut seperti Penggawa dan Penghulu. |
Allah yang lebih mengetahui. Semoga Allah melindungi dan memelihara kita semua.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualikum, saya ada beberapa soalan yang lebih lanjut mengenai hulu keris, adakah encik sudi membantu saya ?
ReplyDelete