Semangat Keris Melayu
Thursday, February 20, 2014
Pakaian Batin Pemimpin Melayu
Apakah itu pakaian batin seorang pemimpin? Ungkapan Melayu berikut merungkaikan isi yang harus ada di dalam setiap sanubari seorang pemimpin Melayu...
Seorang Pemimpin Melayu... Memakai syarak lahir dan batin, Imannya tebal, adat pun kental, Takwanya nampak, ilmu pun banyak, Berdada lapang, berfikiran panjang, Bermuka jernih, berlidah fasih, Berpendiran kukuh, berakal senonoh, Berpijak tidak berkisar, Bercakap tidak beralih, Berani menahan uji, Setia tahan dicuba, Taatnya tahan dilipat, Tegaknya pada yang hak, Duduknya pada yang elok, Berbekal pada yang halal, Berpetua pada yang berfaedah, Berwasiat pada yang bermanfaat, Itulah Pakaian Batin
Tuesday, April 23, 2013
Amalan Tok Ku Paloh- CD Perisai Ghaib
Amalan Tok Ku Paloh
Lebih kurang sebulan lalu, isteri
hamba telah membeli satu CD dari seorang peniaga buku agama di pasar pagi
Selayang. Baru hari ini hamba dapat meluangkan masa untuk meneliti dan
mendengar isi kandungan CD tersebut. CD yang diterbitkan tahun ini oleh Abban
Cipta Entertainment ini amat menarik kerana ia memuatkan amalan-amalan pejuang
dan alim ulama Melayu lampau. Tajuk CD tersebut ialah “Amalan Warisan Perisai
Ghaib” yang telah dirakam oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.
Salah satu amalan yang
diketengahkan ialah amalan yang dikatakan berasal dari Tok Ku Paloh, seorang
alim, ulama dan ada yang mengatakan beliau adalah seorang wali Allah. Wallahua’lam.
Yang pasti Tok Ku Paloh adalah orang yang amat tinggi ilmunya.
Menurut CD tersebut, jika kita
mengalami kesulitan, bacalah ayat di bawah sebanyak yang mungkin sehingga
mendapat bantuan, sambil mengusahakan untuk mengatasi kesulitan tersebut.
(Al-Isra’ 17:70)
Hamba kagum dengan penggunaan ayat tersebut untuk memohon
pertolongan Allah. Hanya orang yang ahlinya sahaja yang mengetahui penggunaannya. Manusia seperti Tok Ku Paloh.
Pada ayat tersebut, Allah menyatakan yang Bani Adam
merupakan makhluk yang paling mulia dan merupakan makhluk yang diberikan nikmat untuk
menggunakan kenderaan di darat dan laut. Cuba bayangkan di manakah kemajuan
manusia jika tidak mempunyai kebolehan untuk menggunakan kenderaan. Ayat di
atas juga menetapkan bahawa manusialah yang di berikan kelebihan yang utama
dari makhluk lain dan dialah yang diberikan rezeki yang baik-baik dari Allah.
Hamba dalam proses menghafal ayat tersebut dan memohon mendapat rezeki yang baik-baik seperti firman Allah itu. Semoga dapat
keberkatan dari Allah.
Allah yang Maha Mengetahui.
Friday, April 19, 2013
Nusantara Asal Orang Melayu
Orang Melayu dari Alam Melayu
Hamba berbangga menjadi Rakyat Malaysia, negara yang bebas
merdeka dan mengamalkan system politik berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Akan tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat cubaan dari
pelbagai pihak yang ingin memecah belahkan perpaduan antara kaum dengan memutar
belitkan sejarah.
Seorang ahli akademik yang berkelulusan undang-undang Dr.
Azmi Sharom adalah salah seorang yang dimaksudkan itu. Beliau di dalam satu
ceramahnya yang boleh ditonton di YouTube telah mengatakan “there is some
degree of pendatangness in all of us” dengan memberi ulasan bahawa Paremeswara
pengasas Kerajaan Melaka yang menjadi asas kerajaan di Malaya merupakan “the
Ultimate Pendatang” atau “Pendatang Tanpa Izin”. Beliau juga mengatakan sebagai
contoh, Tun Razak juga pendatang kerana mempunyai susur galur darah Bugis. Ada
juga perkataan yang diucap oleh Dr. Azmi Sharom seperti memperlekehkan
Kesultanan Melayu Kedah dengan mengatakan “Which Kedah royalty who does not
have Siamese blood in them?”
Bagi hamba pernyataan-pernyataan ahli akademik undang-undang
tersebut adalah untuk memberi gambaran bahawa orang Melayu di Malaysia bukanlah
penduduk asal dan semuanya adalah pendatang. Beliau ingin menjadi adi wira
menentang racism (perkauman) dengan mempersendakan asal usul orang Melayu
dengan melunturkan apa yang menjadi kebanggaan orang Melayu, iaitu asal usul
dan jati diri orang Melayu itu sendiri.
Sebenarnya kelakuan Dr. Azmi Sharom itulah bersifat
perkauman Anti-Melayu walhal dia sendiri adalah orang Melayu (mungkin beliau
sendiri tidak sedari).
Hamba masih mengingati sesetengah pemimpin orang Melayu yang
memanggil kaum selain dari Melayu sebagai pendatang. Pemimpin Melayu seperti
ini tidak melihat aspek bahawanya perkataan yang dinyatakan oleh beliau adalah
bersifat kurang ajar dan mengguris hati kaum lain kerana semua kaum di Malaysia
ini berpijak di tanah Malaysia dan menjunjung langit Malaysia jua.
Saya jangka mungkin Dr. Azmi Sharom juga tidak menyukai apa
yang dikatakan oleh pemimpin Melayu tersebut. Tetapi reaksinya terhadap pernyataan
tersebut ialah dengan memberi gambaran melalui ceramah bahawa semua orang
Melayu adalah pendatang.
Kenapa beliau berbuat demikian? Mungkinkah beliau ingin
menjadi jaguh kepada orang bukan Melayu dalam usaha beliau untuk membuat orang
bukan Melayu membenci orang Melayu. Dia sebenarnya mengajar kaum bukan Melayu
contohnya untuk mengata balik kepada orang Melayu dengan mempersenda “Melayu
ini asal mana? Kalau tak Indonesia”.
Dengan pernyataan demikian, orang Melayu akan pula
tersinggung jika mereka sendiri tidak memahami sejarah. Apa yang dilakukan oleh
Dr. Azmi Sharom amat licik dan gerakan beliau ini mendapat momentum dan boleh disaksikan
dewasa ini bila lebih ramai orang bukan Melayu menyatakan bahawa orang Melayu
adalah sebenarnay “orang Indon”.
Hamba ingin menjelaskan di sini bahawa Dr. Azmi Sharom tidak
memahami erti Dunia Melayu dan Alam Melayu iaitu dari mana asal usul orang
Melayu. Orang Melayu berasal dari Nusantara atau Gugusan Kepulauan Melayu yang merangkumi
dari New Zealand di selatan Kepulauan Indonesia, Semenanjung Tanah Melayu
hingga Segenting Kra hinggalah ke Kepulauan Filipina di utara. Ada yang
mengatakan, Dunia Melayu adalah hingga ke Hawaii.
Sebelum terasasnya dunia yang dipecahkan kepada
negara-negara yang mempunyai kedaulatan perundangan dan bidang kuasa (jurisdiction)
mereka tersendiri, Alam Melayu sudah ada. Dan Alam Melayu ini adalah amat poros
di mana, pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berhubung di antara satu sama lain
dengan amat mudah. Sebagai contoh orang Bugis dari Makassar dapat berlayar ke
Kuantan dengan hanya beberapa minggu. Orang Jawa dari Betawi dapat ke Kota
Bharu atau Pattani dengan juga dengan senang. Oleh demikian tidak hairanlah,
terdapat orang Melayu suku Bugis di Pahang, dan orang Melayu suku Jawa di
Kelantan.
Di Negeri Sembilan, sebagai contoh, Yam Dipertuan Besar pula
diundang dari Pagar Ruyung Minangkabau. Ini semua adalah amalan yang biasa di
Alam Melayu kerana semuanya adalah terhubung melalui jalinan laut.
Selepas tertubuhnya Negara Indonesia, Malaysia, Filipina dan
telepasnya Pattani kepada Negara Thai, negara-negara tersebut membangunkan identiti
bangsa dan negara tersendiri. Jadi orang Aceh yang menetap di Pulau Pinang,
contohnya, perlu memilih untuk bermastautin di Pulau Pinang dan orang Pulau
Pinang yang menetap di Aceh pula perlu memilih untuk bermastautin di Aceh.
Padahal pada masa dahulu, mereka boleh pergi dan pulang dengan bebas tanpa ada sekatan.
Oleh itu, jika Dr. Azmi Sharom ingin mengatakan orang Melayu
adalah pendatang, pernyataan ini adalah tidak tepat dan dapat menyalakan
kebencian dan kemarahan orang Melayu. Orang Melayu adalah dari Alam Melayu,
Dunia Melayu. Itulah asal usul orang Melayu di Malaysia. Oleh kerana orang
Melayu di Malaysia hanya mengaitkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, adalah
tidak patut bagi sesiapa untuk menggambarkan orang Melayu Malaysia adalah dari
negara lain selepas mengetahui
perkembangan sejarah Alam Melayu dan Dunia Melayu.
Wahai Dr. Azmi Sharom, hamba ingin menyatakan kepada tuan,
pelajarilah sejarah dan fahamilah seluruh kawasan Alam Melayu pada dahulunya
adalah tempat orang Melayu. Oleh yang demikian, seorang yang mengaku sebagai
ahli akademik seharusnya memahami konsep sejarah sebelum membuka mulutnya dengan
mempersendakan keMelayuan itu sendiri. Jangan menjual maruah bangsa sendiri
untuk menghiburkan orang lain dengan mempersendakan orang Melayu.
Kapal Melayu DahulukalaCadik Sumatera - Sejenis Perahu Katir |
Perahu Kalia - Merupakan perahu dari Pulau Tonga yang berukuran 30 meter panjang dan boleh memuatkan 100 orang. Perahu ini digunakan untuk menjelajah jauh atau berhijrah. |
Kapal Lancang Kuning - Kapal orang Melayu yang terkenal. Kapal ini adalah jenis kapal yang diklasifikasi sebagai kapal laju yang digunakan untuk perperangan ataupun untuk melarikan diri dari musuh. |
Sunday, April 14, 2013
Buku Senjata Pusaka Bugis
Buku Senjata Pusaka Bugis
Hamba amat beruntung kerana dikurniakan oleh Allah SWT sahabat-sahabat yang baik yang boleh dijadikan cermin diri. Apabila hamba ingin membuat sesuatu keputusan yang penting, hamba pasti akan merujuk kepada sahabat-sahabat hamba. Sahabat hamba yang paling rapat tentulah gandingan hamba, iaitu isteri hamba. Sahabat-sahabat yang lain merupakan mereka yang hamba telah mengenali hati budi mereka, hamba ikhlas dengan mereka dan mereka juga ikhlas dengan hamba. Mereka akan mendorong hamba kearah kebaikan dan akan memberi tentangan jika mereka dapati hamba menjerumus ke arah yang tidak molek.
Hamba selalu memberi nasihat kepada anak-anak hamba untuk berwaspada apabila memilih kenalan. Ada kenalan yang menjadi sekadar kenalan. Ada kenalan yang boleh menjadi rakan. Ada rakan yang boleh menjadi kawan. Ada kawan yang boleh menjadi sahabat.
Semalam, sahabat baik hamba menghadiahkan buku "Senjata Pusaka Bugis - Pamor dan Landasan Spritual" yang ditulis oleh Ahmad Ubbe, Andi M. Irwan Zulfikar dan Dray Vibrianto Senewe. Buku ini sukar didapati di Malaysia. Sahabat hamba membeli buku tersebut dari Indonesia semasa beliau ke sana atas urusan kerja. Buku tersebut adalah buku kulit tebal dengan 366 halaman yang berwarna.
Untuk sahabat hamba membawa buku yang agak tebal ini pulang ke tanah air, seolah-olah ingin menyampaikan hajatnya untuk hamba memiliki buku tersebut. Pada hemat hamba, hamba akan mengambil masa yang agak lama untuk mengkaji buku ini kerana ia padat dengan ilmu yang teknikal mengenai senjata-senjata Melayu Bugis. Itulah seorang sahabat, yang memberi tanpa berkira untuk melangsungkan minat sahabatnya di dalam kecintaan budaya Melayu.
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita sahabat-sahabat yang mendekatkan kita kepada agama Islam. Amin.

Saturday, April 13, 2013
Ular dan Naga Alam Melayu
Mengenali Sifat Semulajadi Sang Ular dan Sang Naga
Ular adalah haiwan yang cukup istimewa dan misteri. Reptilia ini mempunyai sifat-sifat dan tabiat semulajadi yang dikaji oleh manusia sejak zaman berzaman. Ular juga dimanifestasikan atau dizahirkan sebagai Naga di dalam mitos-mitos dan cerita-cerita lama berbentuk lagenda. Pada dasarnya, Naga dunia Melayu bukanlah "Dragon" sebagaimana yang digambarkan oleh mitos Inggeris yang bernafas dan menyemburkan api. Naga dunia Melayu lebih bersifat seperti Ular iaitu binatang melata di darat dan berenang dalam air yang ditugaskan untuk menjaga sumber air seperti sungai, mata air dan tasik. Ternyata tugas untuk menjaga sumber air adalah tugas yang berat kerana air merupakan sumber asli terpenting dan menjadi keperluan asas bagi manusia.
Sifat semulajadi Ular dan Naga adalah sama. Oleh yang demikian, manusia dahulukala mengkaji sifat dan tabiat Ular untuk dijadikan sebagai iktibar yang boleh digunapakai di dalam strategi melangsungkan kehidupan. Berikut adalah beberapa sifat dan tabiat semulajadi Ular yang boleh diambil iktibar sebagai perlambangan haiwan tersebut pada Keris Melayu. Hamba ingin sekadar berkongsi untuk diaplikasikan bersama:
1. Ular mempunyai sifat malu: Sifat malu merupakan sifat yang penting bagi seorang insan untuk mempertahankan harga dirinya dari diperkecilkan oleh musuh. Sifat malu melindungi kita dari membuat perkara-perkara yang terlarang. Jenis malu di disini ialah malu yang bertempat dan bukan malu yang boleh mendatangkan kerugian kepada kita seperti malu untuk mempertahankan hak kita.
2. Ular menyimpan rahsia: Ada mitos yang menyatakan Ular juga ditugaskan untuk menjaga harta karun. Ini adalah kerana Ular boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Menyimpan rahsia adalah penting bagi mereka yang ingin hidup beradat. Perumpamaan menyimpan rahsia ialah seperti menyimpan amanah. Pecah rahsia, bermaksud pecah amanah. Kerana menyimpan rahsia, kita lebih beramanah dan dipercayai kerana rahsia hanya boleh diberitahu atau diberikan kepada yang hak dan kepada mereka yang boleh menyambung asas amanah dan rahsia tersebut.
3. Ular mengelak berdepan manusia: Bagi hamba, sifat ini adalah penting untuk diaplikasikan kerana manusia dewasa ini amat tertarik dengan gosip dan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan diri mereka. Manusia seharusnya mengelakkan diri dari mengambil tahu perkara yang tidak patut diketahuinya terutama mengenai orang lain. Tinggalkan maklumat yang tidak penting berkenaan insan lain terutama cakap-cakap kosong dan gosip. Jadilah resmi ular, elak berdepan dengan manusia lain mengenai hal-hal yang tidak relavan.
4. Ular tidak menyerang kecuali untuk mempertahankan dirinya: Kita seharusnya menjauhi sifat suka bertengkar dan mencari masalah dengan meneliti kesalahan atau keaiban orang lain. Menyerang apabila diserang memberikan kita kepastian yang kita tidak memulakan pergaduhan atau pertengkaran dan tidak mempunyai sikap melampaui batas. Sikap ini juga dapat menjadikan dunia ini lebih aman jika dipraktikan oleh semua pihak.
5. Ular tidak pernah menutup mata kerana tidak mempunyai kelopak mata: Ia adalah seolah-oleh kita sentiasa berjaga kerana mata kita tidak pernah berkelip. Ini merupakan perlambangan keadaan yang sentiasa bersedia dan bersiap siaga. Di dalam perperangan, kita mesti menunjukkan kepada musuh yang kita tidak pernah letih atau berehat dan sentiasa bersedia.
6. Ular yang berbisa memberi amaran dengan warna kulitnya yang terang kepada haiwan lain: Ular menggunakan racunnya hanya apabila diperlukan sahaja. Perlambangan kepada sifat ini ialah walaupun kita mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu, kita tidak seharusnya menggunakan kuasa yang ada sewenang-wenangnya. Kadang-kadang memberi amaran kepada musuh dapat mengelakkan diri kita dari terlibat dalam pertelingkahan atau pergaduhan.
7. Ular boleh mengadaptasi warna kulitnya dengan keadaan sekeliling: Di dalam mengharungi kehidupan kita haruslah mengamati keadaan sekeliling dan menyesuaikan diri dengannya. Penyesuaian diri dengan alam sekeliling adalah penting supaya kita menjadi seorang ahli masyarakat yang dapat berkerjasama dengan ahli masyarakat yang lain. Mengadaptasi diri tidaka bermaksud melakukan perkara yang terlarang hanya semata-mata ramai orang berbuat demikian.
8. Ular selalunya menunggu untuk "menyerang hendap" mangsanya kerana tidak mempunyai kepantasan untuk mengejar mangsa: Ular semestinya mempunyai kelemahan semulajadi. Akan tetapi Ular mengenali dirinya dan menggunakan kekuatannya iaitu kesabaran untuk menunggu mangsanya. Seperti manusia, kita juga seharusnya mengetahui kelemahan kita dan menggunakan kekuatan kita untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
9. Gigi Ular membengkok ke dalam untuk memastikan mangsanya tidak boleh melarikan diri: Ular mempunyai sasaran dan objektif yang spesifik. Apabila ia mensasarkan mangsanya dan apabila Ular dapat mengigit mangsanya, ia tidak akan melepaskan mangsa tersebut sehinggalah mangsa tersebut menjadi makanannya. Bagi manusia, kita seharusnya mempunyai matlamat dan sasaran yang spesifik dan melaksanakan (execute) perancangan dengan tepat dan teliti. Kita juga seharusnya tidak melepasan apa-apa peluang yang timbul atau tersedia.
10. Spesis atau jenis Ular yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk menewaskan mangsa: Kita semestinya menggunakan strategi yang berbeza untuk diaplikasikan pada keadaan yang berlainan atau berbeza. Seperti Sang Ular, ada yang menggunakan bisa, ada yang membelit dan ada yang menggigit.
Allah yang Maha Mengetahui.
Keris Naga Pengantin di mana Dua Ekor Naga kelihatan berpintan satu dengan lain. Keris Naga Pengantin adalah sejenis Keris Jawa |
Sifat semulajadi Ular dan Naga adalah sama. Oleh yang demikian, manusia dahulukala mengkaji sifat dan tabiat Ular untuk dijadikan sebagai iktibar yang boleh digunapakai di dalam strategi melangsungkan kehidupan. Berikut adalah beberapa sifat dan tabiat semulajadi Ular yang boleh diambil iktibar sebagai perlambangan haiwan tersebut pada Keris Melayu. Hamba ingin sekadar berkongsi untuk diaplikasikan bersama:
1. Ular mempunyai sifat malu: Sifat malu merupakan sifat yang penting bagi seorang insan untuk mempertahankan harga dirinya dari diperkecilkan oleh musuh. Sifat malu melindungi kita dari membuat perkara-perkara yang terlarang. Jenis malu di disini ialah malu yang bertempat dan bukan malu yang boleh mendatangkan kerugian kepada kita seperti malu untuk mempertahankan hak kita.
2. Ular menyimpan rahsia: Ada mitos yang menyatakan Ular juga ditugaskan untuk menjaga harta karun. Ini adalah kerana Ular boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Menyimpan rahsia adalah penting bagi mereka yang ingin hidup beradat. Perumpamaan menyimpan rahsia ialah seperti menyimpan amanah. Pecah rahsia, bermaksud pecah amanah. Kerana menyimpan rahsia, kita lebih beramanah dan dipercayai kerana rahsia hanya boleh diberitahu atau diberikan kepada yang hak dan kepada mereka yang boleh menyambung asas amanah dan rahsia tersebut.
Ilustrasi Naga Melayu |
4. Ular tidak menyerang kecuali untuk mempertahankan dirinya: Kita seharusnya menjauhi sifat suka bertengkar dan mencari masalah dengan meneliti kesalahan atau keaiban orang lain. Menyerang apabila diserang memberikan kita kepastian yang kita tidak memulakan pergaduhan atau pertengkaran dan tidak mempunyai sikap melampaui batas. Sikap ini juga dapat menjadikan dunia ini lebih aman jika dipraktikan oleh semua pihak.
Ilustrasi Naga Melayu |
6. Ular yang berbisa memberi amaran dengan warna kulitnya yang terang kepada haiwan lain: Ular menggunakan racunnya hanya apabila diperlukan sahaja. Perlambangan kepada sifat ini ialah walaupun kita mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu, kita tidak seharusnya menggunakan kuasa yang ada sewenang-wenangnya. Kadang-kadang memberi amaran kepada musuh dapat mengelakkan diri kita dari terlibat dalam pertelingkahan atau pergaduhan.
7. Ular boleh mengadaptasi warna kulitnya dengan keadaan sekeliling: Di dalam mengharungi kehidupan kita haruslah mengamati keadaan sekeliling dan menyesuaikan diri dengannya. Penyesuaian diri dengan alam sekeliling adalah penting supaya kita menjadi seorang ahli masyarakat yang dapat berkerjasama dengan ahli masyarakat yang lain. Mengadaptasi diri tidaka bermaksud melakukan perkara yang terlarang hanya semata-mata ramai orang berbuat demikian.
Ilustrasi Naga Melayu |
9. Gigi Ular membengkok ke dalam untuk memastikan mangsanya tidak boleh melarikan diri: Ular mempunyai sasaran dan objektif yang spesifik. Apabila ia mensasarkan mangsanya dan apabila Ular dapat mengigit mangsanya, ia tidak akan melepaskan mangsa tersebut sehinggalah mangsa tersebut menjadi makanannya. Bagi manusia, kita seharusnya mempunyai matlamat dan sasaran yang spesifik dan melaksanakan (execute) perancangan dengan tepat dan teliti. Kita juga seharusnya tidak melepasan apa-apa peluang yang timbul atau tersedia.
10. Spesis atau jenis Ular yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk menewaskan mangsa: Kita semestinya menggunakan strategi yang berbeza untuk diaplikasikan pada keadaan yang berlainan atau berbeza. Seperti Sang Ular, ada yang menggunakan bisa, ada yang membelit dan ada yang menggigit.
Allah yang Maha Mengetahui.
Friday, April 12, 2013
Ular dan Naga - Simbolism pada Keris
Perlambangan Ular atau Naga Pada Keris
Perlambangan mata Keris adalah seekor ular atau sang serpa yang bergerak menyelinap di darat atau berenang menyusur di dalam air. Sesuatu yang boleh dipelajari dari haiwan kuno ini ialah fitrahnya untuk menyalin kulit apabila ia membesar. Proses menyalin kulit ini adalah apabila sang ular telah meninggalkan kulit lamanya untuk memperoleh perkembangan fizikal untuk membesar. Pengajaran yang boleh kita dapat dari proses tumbesaran ular ini ialah, jika kita ingin berkembang, kita seharusnya meninggalkan "kulit" lama kita atau meningalkan tabiat atau sifat yang patut kita tinggalkan. Proses untuk memperbaiki diri ini bukanlah mudah, malah memerlukan usaha, ketabahan dan jati diri yang tinggi.
Simbol ular juga pada senjata boleh didapati pada pedang junjungan Nabi kita, Rasulullah S.A.W. Dua ekor kepala ular diletakkan pada pemegang pedang baginda Al-Ma'thur. Pedang tersebut dimiliki oleh Baginda Rasulullah S.A.W. seteleh diwarisi oleh ayahanda Baginda S.A.W.
Post ini ditulis dengan bantuan Saudara Mu'adz dan Saudari Sarah.
Ular menyalin kulitnya |
Al-Ma'thur |
Simbol ular juga pada senjata boleh didapati pada pedang junjungan Nabi kita, Rasulullah S.A.W. Dua ekor kepala ular diletakkan pada pemegang pedang baginda Al-Ma'thur. Pedang tersebut dimiliki oleh Baginda Rasulullah S.A.W. seteleh diwarisi oleh ayahanda Baginda S.A.W.
Post ini ditulis dengan bantuan Saudara Mu'adz dan Saudari Sarah.
Thursday, April 11, 2013
Ayam Teleng - Hulu Keris Untuk Penghulu
Si Ayam Teleng
Di dalam dunia perKerisan, terdapat banyak sibolisme yang
padat dengan maksud dan makna yang tersendiri. Kepada mereka yang memerhatikan
Keris dengan teliti, sebagai suatu simbol, ia cukup terperinci di dalam memberi
maksud dan melahirkan apa yang hendak disampaikan.
Simbolisme di dalam Keris Melayu masih segar bagi mereka
yang mengkaji Keris Melayu yang berada
di hadapan mata mereka, kerana simbolisme orang Melayu amat halus dan
berseni dan tidak terletak pada tugu-tugu yang besar.
Hamba ingin berkongsi simbolisme Hulu Keris yang dinamakan
Ayam Teleng. Teleng di sini menurut Kamus Dewan bermaksud; "1. miring ke sebelah letaknya
(kepala, topi, dll), tidak tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan
dipukul-pukul dgn tapak tangan kiri". Pada suatu hari, hamba duduk bersama Si Pengukir Kayu yang banyak belajar mengenai ukiran halus, Saudara Ahmad dari Pahang Darul Ma'mur. Saudara Ahmad ini amat berbakat. Yang hamba dapat perhatikan Si Pengukir muda ini ikhlas di dalam menghasilkan ukiran yang bermutu dan manis dipandang mata.
Menurut Saudara Ahmad, ukiran Ayam Teleng adalah ukiran Hulu
Keris Melayu yang menggambarkan seekor ayam yang menelengkan kepalanya ke angkasa raya. Hamba bertanya, kenapakah demikian? Saudara Ahmad berkata kepada
hamba, “Cuba abang bayangkan, seekor ayam yang menjaga anak-anaknya mendongak
ke angkasa memerhatikan sama ada ada ancaman dari udara dari burung pemangsa,
terutamanya helang….” Hamba membayangkan keadaan tersebut dan bagaimana orang
Melayu dahulu kala memerhatikan Si Ayam Teleng…
Si Ayam Teleng Bersiap Siaga Sentiasa |
Hulu Keris Ayam Teleng, Sesuai untuk Penjawat Jawatan yang mempunyai pengikut seperti Penggawa dan Penghulu. |
Allah yang lebih mengetahui. Semoga Allah melindungi dan memelihara kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)